SEKOLAH SENI JOHOR BAHRU

Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru
Tel :07 2262100 Fax : 07 2263100

Berita

view:  full / summary

HARI KEUSAHAWANAN

Posted by ireezi on July 19, 2011 at 8:36 PM Comments comments (1)

Sekolah Seni Johor Bahru akan menganjurkan Hari Keusahawanan 2011 pada hari Sabtu, 23 Julai 2011.

Beberapa gerai jualan akan dibuka bagi melatih pelajar menguruskan jualan secara kecil-kecilan.

Jualan akan bermula seawal 8.00 pagi sehingga jam 12 tengahari.

Pelawat dialu-alukan untuk memeriahkan majlis ini.

PRODUKSI KESENIAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

Posted by ireezi on July 11, 2011 at 10:43 PM Comments comments (0)

Harta, apabila alam bersuara................ itulah tajuk persembahan sempena Produksi Kesenian Sijil Pelajaran Malaysia 2011, Sekolah Seni Johor Bahru yang akan diadakan di Panggung Budaya, Fakulti Muzik danSeni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak pada hari Sabtu, 16 Julai 2011.

Produksi ini mempersembahkan hasil karya pelajar berdasarkan kehendak soalan SPM 2011. Ia juga memperlihatkan bakat pelajar selama 5 tahun berada di Sekolah Seni Johor Bahru, Johor.

Semoga berjaya.  

PERSEMBAHAN PRODUKSI PMR

Posted by ireezi on July 8, 2011 at 9:41 AM Comments comments (0)

Persembahan Produksi PMR Sekolah Seni Johor Bahru akan diadakan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada 9 Julai 2011, jam 8.00 malam. Produksi ini akan menilai keupayaan pelajar Tingkatan 3 untuk mengaplikasikan kemahiran yang tyelah dipelajari selama berada di sekolah seni.

PAMERAN PRODUKSI SENI VISUAL SPM 2011

Posted by ireezi on July 7, 2011 at 4:11 AM Comments comments (4)

PAMERAN PRODUKSI SPM 2011

Pameran Produksi SPM dan PMR 2011 telah di adakan di Galeri Seni, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak bermula 7 Julai sehingga 22 Julai 2011.

Pameran ini memaparkan hasil nukilan pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.

[Hasil nukilan pelajar Tingkatan 5 - Lihat galeri video]

 

 

 

KEMASUKAN TINGKATAN 1, 2011

Posted by ireezi on June 13, 2011 at 11:04 PM Comments comments (11)

Permohonan Murid ke Sekolah Seni Malaysia Sesi 2012

Kepada mereka yang berminat.

Dimaklumkan bahawa permohonan masuk ke Tingkatan 1 (Satu) Sekolah Seni Malaysia sesi 2012 adalah melalui sistem online eSSeM yang akan bermula pada 9 Mei 2011 hingga 27 Jun 2011.

Permohonan terbuka bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2011 sahaja.

 

Syarat Kemasukan

1. Warganegara Malaysia

2. Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut:

(seni visual/seni tari/seni muzik/seni teater)

3. Lulus Uji Bakat

4. Memperoleh keputusan dengan minimum 3B atau setara dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011

Maklumat Am

1. Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 27 Jun 2011

2. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil ke sesi uji bakat

Sila layari Laman Web KPM, http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan/ untuk mengisi borang tersebut.

 

 

http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan/

 

Lawatan Guru Guru Daerah Gombak ke SSeJB

Posted by ireezi on February 26, 2011 at 4:10 AM Comments comments (0)

Sekumpulan guru-guru dari daerah Gombak telah mengadakan lawatan kerja untuk mengenali Sekolah Seni Johor Bahru dengan lebih dekat lagi.

Kunjungan mereka setelah membuat lawatan ke School of Art Singapore telah dapat membezakan antara sekolah seni di Malaysia dengan sekolah seni di luar negeri.

Semoga sekembalinya rombongan ini dapat memberi impak yang besar kepada sekolah dan masyarakat sekitarnya.

Sambutan Maulidur Rasul

Posted by ireezi on February 20, 2011 at 9:48 PM Comments comments (0)

 

Sambutan Maulidur Rasul 1432 telah disambut pada hari Sabtu 19 Februari 2011 oleh semua warga Sekolah Seni Johor Bahru. Sambutan di mulai dengan perarakan dari padang Sekolah Aminuddin Baki sehingga ke dewan mini. Sambutan disusuli dengan persembahan pelajar, ceramah dan diakhiri jamuan makan yang ditaja oleh bapa seorang pelajar. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan.

 

 

 

Perlantikan Pengawas Pusat Sumber

Posted by ireezi on February 14, 2011 at 1:40 AM Comments comments (0)

Seramai 12 orang pelajar dari tingkatan 5 dan tingkatan 4 telah dilantik dengan rasminya sebagai pengawas pusat sumber. Ini julung kalinya perlantikan diadakan memandangkan selama ini sekolah seni hanya mempunyai mini pusat sumber. Namun dengan pertambahan buku dan pelajar, pengawas pusat sumber amat diperlukan untuk membantu melicinkan lagi pentadbiran pusat sumber yang sedia ada. Dengan perlantikan ini diharap akan dapat memberi pengalaman yang lebih kepada pelajar.

Pelancaran Program Anti Dadah

Posted by ireezi on February 14, 2011 at 1:38 AM Comments comments (0)

Minggu ini, pihak sekolah telah melancarkan program anti dadah peringkat sekolah.

Pelbagai program telah dirancang sepanjang minggu ini sehingga 19 Feb 2011. Program ini telah dirasmikan oleh Pengetua, Hajah Rohana binti Ismail.

Larian Perdana Mahkota

Posted by ireezi on February 13, 2011 at 6:34 AM Comments comments (0)

Larian peringkat Sekolah Seni Johor Bahru telah dilancarkan seawal 7.00 pagi pada 12 Februari 2011. Dimulakan dengan acara senam seni bagi memanaskan badan yang melibatkan semua pelajar dan guru.

Larian telah dilepaskan oleh pengetua, Hajah Rohana bt Ismail. Semua pelajar gembira dengan larian ini dan berharap ianya akan dijalankan secara berterusan.

 

 


Rss_feed

Countdown Clock

Countdown Clock

Al Asmaul Husna

Upcoming Events

No upcoming events

Recent Videos

919 views - 3 comments
598 views - 0 comments
509 views - 0 comments

Recent Forum Posts

No recent posts